Raya tahun lepas - akak ni tak ada duit.... padahal dah berniaga dah banyak tahun. Tiba-tiba bisnes dia ada masalah dan sales semua jatuh. Raya kering kontang.
Elok-elok kerja bank, nak berniaga! Dah gitu jadinya..Korang tak pernah kan lalui raya “kering kontang” tak ada duit??
Tapi tahun ini raya, Puan Shabaneeny bukan sahaja capai sales RM700k dalam bulan Ramadan dibandingkan dengan dulu Ramadan dropped ke RM60k-100k. Malah tahun dia dapat buat umrah dengan keluarga dan adik beradik. Sales tetap jalan tanpa dia perlu ada di office dan raya dia siap bawak keluarga pergi bercuti dan bagi cuti panjang kepada staff.
Yang bestnya dia bukan ada produk sendiri pun, stokits produk orang je..cemana?
Baca story dia sekarang..
-------------
10 kesyukuran saya pada aidilfitri tahun 2018
==============
1. Alhamdulillah, impian nak pergi umrah dalam bulan ramadhan tercapai. Lagi winn bila saya pergi bersama suami, mak dan ayah serta kelima2 adik beradik saya. Umrah kali ni special bila kami memilih untuk stay di hotel dalam clock tower bilik berdua. Nikmat Allah beri pada saya paling besar setakat ini. Tahun lepas, saya cuma berangan tapi tak tahu saya benar2 boleh capai. Bila Allah nak bagi, Allah bagi jer.. Alhamdulillah.
2. Alhamdulillah, balik beraya di kampung suami dan nampak muka mak dan ayah suami happy dan bangga bila mereka bagitau sanak saudara mereka nak ke Mekah menunaikan haji tahun ni. Saya bangga sangat2 kerana kami sponsor sepenuhnya kedua mereka pakej haji tahun ni. Impian kami tercapai bukan sahaja dapat hantar parents menunaikan haji tapi juga beri keselesaan kepada mereka.
3. Untuk raya kali ni, persiapan dan lauk2 raya fully sponsored oleh suami saya untuk mak dan ayahnya. Nampak perbezaan yang ketara tahun ni berbanding tahun sebelumnya kerana mereka shopping tanpa berkira. Mereka boleh beli apa sahaja yang mereka nak. Syukur sangat2.
4. Alhamdulillah saya sangat bersyukur bila saya solat terawih secara istiqamah tahun ni walaupun solat seorang di rumah. Saya juga istiqamah dalam membaca Al Quran dan cuba memahami ayat2 suci dengan baca pemahaman. Lain sangat rasanya bila kita tahu maksud ayat2 yang kita baca. Ada antaranya kita boleh amalkan sebagai doa.
5. Alhamdulillah, untuk tahun 2018, bisnes kami dalam bulan puasa boleh beroperasi sendiri tanpa pengawasan kami 100%. Kalau berbanding tahun 2017, kami cuma ada 1 staff pada masa itu dan tahun 2016 tiada staff.. semuanya kami buat sendiri. Kami dah ada 11 orang staff untuk mengendalikan urusan starikat. Syukut sangat2 dengan perkembangan ini.
6. Alhamdulillah, untuk raya kali ni saya rasa saya dah capai kebebasan untuk memilih apa yang saya dan keluarga mahukan. Kami shopping tanpa melihat tag harga. Dan untuk tahun ni, saya hilang nafsu untuk shopping.. memang betul orang kata, bila kita tak mampu macam2 kita nak tapi bila dah mampu kita tak rasa nak beli apa2pun untuk diri sendiri. Semuanya untuk orang yang kita sayang. Kalau dulu, sanggup berhabis walau takda duit sangat pun untuk bergaya dan beli barang2 branded.. skang ni tak kisah sangat.. asal cantik dan kemas jer.
7. Balik kampung, kaum keluarga dan adik beradik sebut2 yang kami usahawan yang berjaya. Alhamdulillah. Mak dan ayah kedua belah nampak bangga dan happy dengan kami. Suami saya memang nampak lebih yakin dan gembira sekarang bila semua kelengkapan raya kami sekeluarga dia tanggung 100%. Duit saya simpan jerla 🤣🤣. Ramai kawan2 husband datang rumah di kampung dan jumpa dia.
8. Untuk raya kali ni, memandangkan cuti sekolah lama, inilah peluang saya dan anak2 untuk berkumpul bersama2. Kami dapat spend time sama2. Saya nampak wajah anak2 saya terutama yang kecil gembira dan senyum jer.. sebelum ni kami busy dengan bisnes, peluang camni jarang kami dapat. Yang saya paling perasan, ini terjadi bila kami alhamdulillah tiada masalah kewangan. Tahun lepas, saya dan suami serabut dengan masalah company yang pada masa itu kami baru nak mulakan balik apa yang kami bina sebelum ini. Masa tu, yang nampak cuma masalah. Tahun ini saya betul2 bersyukur bila saya tengok anak2 boleh borak2 ngan kami serta kami bergurau sepanjang masa.
9. Untuk pertama kalinya semasa raya, saya dan keluarga besar saya akan bercuti di Arwana Resort bermula esok hari. Semua tak sabar nak pergi. Alhamdulillah, duit bukan lagi masalah utama kami. Walaupun raya, kami masih boleh allocate untuk bercuti tanpa perlu pening semua komitmen yang lain. Paling penting, kami gunakan duit gaji kami dan tidak satu sen pun kami rompak duit syarikat. Alhamdulillah.
10. Alhamdulillah, kami bagi duit raya kepada staff beserta hamper biskut raya dan juga duit raya kepada parents mereka juga. Happynya parents mereka bila menerima duit raya dari majikan anak2. Staff wassap saya dan bagitau parents mereka ucapkan terima kasih. Terima kasoh kepada richworks yang bagi idea ni masa saya hadir majlis 10th anniversary tempoh hari. Terima kasih kepada Muda Juhaida juga yang bagitau amalan dia memberi duit raya kepada parents staff. Lain rasanya bila dapat memberi ni. Alhamdulillah, saya sangat happy bila staff2 saya happy.
Ramadhan dan raya kali ni bagi saya sangat bermakna dan bahagia. Lain sungguh perasaan saya untuk tahun ini. Saya cuma nampak semua orang sekeliling saya senyum dan ketawa dengan gembira. Terima kasih doc dan richworks. Tanpa kalian saya tak rasa saya kekal sebagai usahawan sampai hari ni. Pengalaman tahun lepas memang pahit bila dikenang tapi saya bersyukut dengan pengalaman tersebut. Kerana pengalaman tersebut, saya diberi nikmat dan rezeki yang berlimpah ruah pada tahun ini. Alhamdulillah.
=======
Kalau korang tak pernah bisnes, tak pernah jual sebatang pen pun, tapi korang teringin nak ada bisnes sendiri, apa kata korang cuba jadi agent atau stokis produk orang lain dulu macam akak Shabaneeny ni. Dia takde produk sendiri macam korang tapi dia punya sales 6 angka sebulan!
Dapatkan pengalaman dan cari ilmu. Bukan tak bagus, nak berniaga terus ada produk sendiri tapi kalau tersilap langkah takdelah sakit sangat kalau jatuh nanti. Faham ke tak?
Tiket *Percuma ke Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) pada 2-4 November 2018 dah separuh habis. Jangan ketinggalan daftar segera di www.imkk2018.com atau Komen ‘Nak IMKK’ sekarang.
#TeamRichworks
#IMKKNov2018.
arwana hotel 在 豬V小姐 Facebook 的最佳貼文
長灘島自由行,超美海灘、超悲慘的ARWANA HOTEL、超貴希臘料理CYMA,超餓啃了一隻Andok's烤雞!
http://vicky720314.pixnet.net/blog/post/112110733
部落格真的也被我荒廢的霹靂久了,其實我從沒有不想寫,我有好多東西都想記錄起來,但有上班就真的是懶,回到家哪來力氣寫文?不過現在暫時休安胎假了,總要找點事做,希望能再重拾幾百年前寫文章分享的樂趣囉! :D
嗯,但是,這是整整一年前的遊記了XDDD
arwana hotel 在 Inside the MOST EXPENSIVE Hotel Room in the WORLD! 的推薦與評價
This week, we are touring the MOST EXPENSIVE hotel suite in the world with unique art installations worth over $39000000! ... <看更多>
arwana hotel 在 Arwana hotel boracay - 首页| Facebook 的推薦與評價
Arwana hotel boracay · 5608 菲律宾,长滩岛 · 评分· 4.4 · 1,893 位用户在这里签到 · +63 32 253 5054 · [email protected] · http://www.marzonboracay.com/marzon/ ... ... <看更多>